Bacaan
Sujud Tilawah
Assalamualaikum wr. Wb.
Kali ini saya akan memberikan informasi tentang sujud tilawah atau
sajdah. Bagi yang sudah paham dalam hal ini, pastinya sudah tidak ada masalah.
Nah, bagi yang belum, jangan risau… mari kita sama-sama belajar dan memahami
apa itu sujud tilawah. Ok ini dia :
Sujud Sajadah atau Sujud Tilawah ialah sujud yg dilakukan apabila kita membaca ayat-ayat sajadah di dalam al-Quran. Ayat-ayat tersebut seperti ini:
"Sesungguhnya orang yang benar-benar
percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan
ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan
lagi pula mereka tidaklah sombong."
[Surah 32: as-Sajdah, Ayat 15]
Ayat-ayat lain ada disenaraikan di sini. Pada ayat sajadah, dalam Resam Uthmani, terdapat tanda
berikut di ujungnya:
Pada kebiasaanya, para imam di masjid akan memberitahu para jemaah
jika beliau akan membaca ayat tilawah dan akan dilakukan sujud sajadah pada
rakaat sekian sekian. Maksudnya, apabila pada rakaat yg disbut, apabila imam
menyebut takbir, akan terus sujud kerana telah membaca ayat sajadah. Sewaktu
sujud itu, ini adalah bacaannya:. Pada ayat sajadah, dalam Resam Uthmani, terdapat tanda
berikut di hujungnya:
"Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah
memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan
kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah
menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."
Selepas sujud tersebut, kita akan terus bangun semula dan sambung
membaca ayat al-Quran dan teruskan dengan rukuk seperti biasa. Jika ayat
sajadah dibaca di luar solat, rukunnya adalah
1. Niat - “Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta’ala”
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud - baca bacaan sujud sajadah di atas
4. Salam
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud - baca bacaan sujud sajadah di atas
4. Salam
Hukum sujud sajadah di luar ialah SUNAT kepada pembaca dan juga
pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama
ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak. Jika sedang solat berjemaah,
makmum WAJIB mengikuti imam jika imam melakukan sujud sajadah.
Semoga ini menjadi penambah amalan kita dalah kehidupan.
Semoga ini menjadi penambah amalan kita dalah kehidupan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar